Dari kiri Peres Jepchirchir (Ethiopia), Brigid Kosgei (Kenya), Tigst Assefa (Ethiopia) dan Ruth Chepngetich (Kenya) menjelang London Maraton Ahad ini. -FOTO AFP
Dari kiri Peres Jepchirchir (Ethiopia), Brigid Kosgei (Kenya), Tigst Assefa (Ethiopia) dan Ruth Chepngetich (Kenya) menjelang London Maraton Ahad ini. -FOTO AFP
Agensi

London: Tigst Assefa dari Ethiopia menegaskan bahawa kehadiran dia "di sini adalah untuk memenangi" London Maraton sulungnya Ahad ini.

Assefa, 27, adalah pemegang rekod dunia wanita selepas menamatkan Berlin Maraton dengan catatan masa dua jam 11 minit 53 saat September lalu.

Dia juga berhasrat untuk memecahkan rekod London Maraton 2:17:01 yang dibuat oleh Mary Keitany dari Kenya pada 2017.

"Tuhan akan tunjukkan betapa bagusnya saya, saya sudah membuat persediaan yang sangat baik dan saya pasti saya boleh mengatasi rekod itu," katanya.

"Tidak kira sama ada London atau Berlin, ia tidak akan mengubah strategi saya sama sekali."

Assefa akan bersaing dengan trio Kenya Brigid Kosgei, Ruth Chepngetich dan juara Olimpik Peres Jepchirchir dan pemenang Marathon London 2022 Ethiopia, Yalemzerf Yehualaw.

Kosgei, Chepngetich dan Assefa adalah tiga daripada empat wanita terpantas dalam sejarah, dengan pemenang dua kali London Marathon Kosgei berkata dia "gembira" dapat kembali.

"Saya sudah membuat persiapan yang baik di Kenya dan saya sudah bersedia," tambahnya.

Becky Briggs dari Great Britain, Alice Wright, Anya Culling, Rachel Hodgkinson, Helen Gaunt, Mhairi Maclennan dan Lucy Reid turut mengesahkan penyertaan Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 12:16 PM