IGA mara ke suku akhir kejohanan gelanggang tanah liat WTA Stuttgart. -FOTO AFP
IGA mara ke suku akhir kejohanan gelanggang tanah liat WTA Stuttgart. -FOTO AFP
AFP

Berlin: Pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Iga Swiatek mara ke suku akhir kejohanan gelanggang tanah liat WTA Stuttgart selepas menewaskan Elise Mertens dalam straight set, kemenangan kesembilannya dalam sembilan perlawanan di kejohanan pemanas badan Terbuka Perancis.

Iga menewaskan pemain bukan pilihan dari Belgium itu 6-3, 6-4 dalam usahanya merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut di bandar Jerman itu dan diberikan kunci kereta mewah kedua daripada penaja selepas turut memenangi kejohanan itu pada 2022.

"Sentiasa ada tempat untuk Porsche. Jika tidak, saya akan buatkannya. Saya akan membina garaj bawah tanah," Iga Swiatek selepas bermain perlawanan tanah liat pertamanya sejak menjuarai gelaran Terbuka Perancis pada Jun tahun lalu.

Iga ketinggalan pada awal permainan set kedua tetapi berjaya bangkit untuk menang dengan pukulan depan pada mata perlawanan keempatnya selepas Mertens menyelamatkan tiga mata perlawanan sebelumnya.

"Ini bukan kejohanan yang mudah. Semua orang benar-benar bermotivasi untuk memenangi kereta itu," tambah Swiatek.

Pilihan utama itu akan menentang bekas juara Terbuka AS, Emma Raducanu untuk penentuan tempat ke separuh akhir.

Emma yang membantu Britain layak ke pusingan akhir Piala Billie Jean King hujung minggu lalu, menundukkan pemain remaja Czech, Linda Noskova 6-0, 7-5.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 12:09 PM