DJOKOVIC menang ke atas pemain Australia, Alexei Popyrin. -FOTO AFP
DJOKOVIC menang ke atas pemain Australia, Alexei Popyrin. -FOTO AFP
AFP

Melbourne: Novak Djokovic akhirnya bersuara tentang bagaimana dia mengecewakan Roger Federer apabila muncul sebagai pemain baru yang angkuh tetapi itu hanya untuk meningkatkan usahanya menjadi pemain terbaik di dunia.

Pemain nombor satu dunia dari Serbia itu sedang memburu gelaran Grand Slam ke-25 di Melbourne, di mana dia sudah memenangi gelaran itu sebanyak 10 kali.

Djokovic sudah pun menjadi pemain yang paling banyak memenangi kejuaraan dengan dua kejuaraan mengatasi Rafael Nadal yang cedera dan empat di depan Federer yang sudah bersara dengan mereka disifatkan sebagai "Big Three."

Pemain berusia 36 tahun itu menikmati persaingan sengit dengan pemain kelahiran Switzerland itu, memenangi 27 daripada 50 pertemuan mereka.

Dia sedang berusaha untuk meraih gelaran Terbuka Australia ke-11 di Melbourne untuk di gelanggang Margaret, turut meraih 24 mahkota perseorangan Grand Slam.

Terdahulu Djokovic menewaskan pilihan ke-30, Tomas Martin Etcheverry dalam perlawanan ke-100nya di kejohanan itu, menghampiri prestasi terbaiknya selepas persembahan hambar dalam dua pusingan pembukaan.

Ditanya selepas kemenangannya di Rod Laver Arena untuk melihat kembali di awal kemunculannya ketika dia berusaha untuk mencabar kuasa dalam tenis dunia.

"Saya tahu pastinya Federer tidak suka cara saya pada mulanya," katanya. "Saya fikir ia tidak sesuai dengannya. Saya tidak tahu tentang yang lain.

"Saya rasa saya bukan jenis lelaki yang disukai oleh beberapa pemain terbaik kerana saya tidak takut untuk mengatakan bahawa saya mahu menjadi pemain terbaik di dunia.

"Saya yakin, dan saya rasa seperti saya mempunyai mutu permainan terbaik yang boleh menewaskan siapa saja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 12:53 PM