ITALI juara Piala Davis 2023. -FOTO Reuters
ITALI juara Piala Davis 2023. -FOTO Reuters
afap

Malaga, Sepanyol: Wira Piala Davis Itali, Jannik Sinner berkata ia adalah satu "perasaan istimewa" apabila dapat menamatkan kemarau 47 tahun pasukannya dalam pertandingan itu di Malaga.

Sinner menewaskan Alex de Minaur, straight set dalam aksi perseorangan kedua selepas Matteo Arnaldi menewaskan Alexei Popyrin untuk menjulang trofi kedua buat negaranya dengan kemenangan 2-0 ke atas Australia.

Sinner yang menduduki ranking keempat dunia, memainkan peranan penting apabila memenangi kesemua lima perlawanan termasuk menentang pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dari Serbia Sabtu lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata dia ingin membawa Itali untuk terus berjaya dalam pertandingan itu jika dia boleh, tetapi memenanginya buat kali pertama adalah sesuatu yang mengagumkan.

"Kami semua masih sangat muda, kami sangat dahagakan kemenangan dan cuba memenanginya sekali lagi dalam hidup kami, tetapi dengan cara lain, anda tahu, mempunyai perasaan ini sekurang-kurangnya sekali, ia adalah perasaan yang sangat istimewa," kata Sinner.

Pemain Itali itu berkata, pasukannya berjaya kerana semua pemain bekerjasama mendorong satu sama lain untuk menjulang Piala Davis pertama negara mereka sejak 1976.

Sinner tiba selepas terlepas gelaran ATP Finals kepada Djokovic Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2023 @ 11:38 AM