SHELLY-Ann Fraser-Pryce. FOTO Agensi
SHELLY-Ann Fraser-Pryce. FOTO Agensi
AFP

Paris: Bintang pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce memenangi acara 100 meter (m) pada saingan di Madrid awal pagi tadi sekali gus meraih kemenangan kedua dalam dalam tempoh dua hari.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu, yang juga juara dunia lima kali, mencatat masa 10.83 saat.

Sebelum ini, atlet berusia 36 tahun itu meraih kemenangan di Lucerne dengan catatan masa 10.82 saat.

Selepas mengalami kecederaan lutut pada awal musim ini, Shelly-Ann sedang membina prestasi dan keyakinan semula menjelang Kejohanan Dunia di Budapest dari 19 hingga 27 Ogos depan.

Dia mungkin beraksi dalam acara 100m, 200m dan 4x100m lari berganti-ganti di ibu negara Hungary.

"Saya rasa sangat baik. Saya gembira kerana beraksi dalam dua perlumbaan yang sangat mantap minggu ini. Sekarang saya akan memberi tumpuan kepada Budapest.

"Saya belum 100 peratus pulih daripada kecederaan saya. Tetapi saya akan memberikan segalanya dan fokus kepada diri saya sendiri," kata Shelly-Ann.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2023 @ 12:13 PM