FURY (kiri) mahu menjalankan pertarungan jelajah dunia. FOTO EPA
FURY (kiri) mahu menjalankan pertarungan jelajah dunia. FOTO EPA
AFP

London: Tyson Fury mahu mencontohi Muhammad Ali dengan memulakan jelajah dunia bermula perebutan gelaran seluruh Britain heavyweight dunia dengan berdepan Derek Chisora di London pada esok.

Bagi Fury, ia adalah soal menebus semula masa yang hilang, berikutan masalah kesihatan mental dan kesan Covid-19.

"Saya hanya mempunyai dua tahun aktiviti dalam tempoh tujuh tahun yang lalu, di mana ia tidak beberapa bagus.

"Selepas saya menewaskan Chisora dan selepas saya menewaskan Oleksandr Usyk tahun depan, saya akan mencuba dan meneruskan kempen besar-besaran di seluruh dunia," katanya.

Sudah lapan tahun sejak juara WBC itu, tanpa kalah sebagai seorang petinju profesional, termasuk menewaskan Chisora buat kali kedua dengan meyakinkan.

Daripada pertarungan trilogi dengan Chisora, ramai peminat lebih suka Fury terbabit dalam pertarungan semula dengan Usyk di Stadium Tottenham Hotspur hujung minggu ini atau pertembungan alternatif seluruh Britain dengan bekas juara dunia, Anthony Joshua.

Usyk memegang gelaran heavyweight versi IBF, WBA dan WBO, selepas menyingkirkan Joshua pada September tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2022 @ 1:18 PM