FURY (kiri) dan Usyk setuju untuk bertarung di Stadium Wembley, London, 29 April depan. FOTO AP
FURY (kiri) dan Usyk setuju untuk bertarung di Stadium Wembley, London, 29 April depan. FOTO AP
Reuters

London: Tyson Fury dan Oleksandr Usyk bersetuju terma untuk pertarungan perpaduan tinju heavyweight di Stadium Wembley, London pada 29 April depan, kata peguam Usyk kepada Reuters.

Hujung tahun lalu, kedua-dua pihak setuju untuk bertarung bagi mengesahkan juara heavyweight dunia mutlak selepas Fury mengekalkan tali pinggang WBC dengan menewaskan Derek Chisora.

Rundingan itu menyaksikan Fury akan mengaut 70 peratus keuntungan manakala Usyk sebanyak 30 peratus.

ESPN menyatakan, Usyk meminta Fury menderma AS$1 juta (RM4.52 juta) kepada negara asalnya, Ukraine susulan serangan dilakukan Rusia sebagai sebahagian daripada terma perjanjian itu, walaupun tidak dinyatakan sama ada ia dipersetujui atau sebaliknya.

Pertarungan itu akan menyaksikan Fury kembali ke Wembley dalam tempoh hampir setahun selepas melakukan KO ke atas Dillian Whyte.

Fury mengejek Usyk di pusingan ke-10 pertarungan dengan Chisora pada Disember lalu dan bersemuka dengan petinju Ukraine itu yang berada di tepi gelanggang sebelum menyatakan akan memusnahkannya.

Menerusi video di Instagram, semalam, petinju Britain itu menafikan pembahagian 50-50 ditawarkan dari kem Usyk, sebaliknya menyatakan: "Kamu dan pasukan kamu hanya bernilai 30 peratus."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2023 @ 10:45 AM