ALIZE meraikan kemenangan ke atas Emma.
ALIZE meraikan kemenangan ke atas Emma.
AFP

New York: Juara bertahan Emma Raducanu dari Britain tersingkir di pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila tewas straight set kepada pemain Perancis, Alize Cornet hari ini.

Emma pilihan ke-11 menjadi pemain ketiga selaku juara bertahan wanita tewas pusingan pertama selepas Alize mempamerkan prestasi mantap untuk menang 6-3, 6-3 di Stadium Louis Armstrong .

Pemain Perancis berusia 32 tahun itu yang menduduki ranking ke-40 dunia menggunakan semua pengalamannya untuk menyingkirkan Emma, 19.

Alize yang turut mencipta kejutan di Wimbledon bulan lalu dengan kemenangan straight set ke atas pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek menganggap permainannya semakin matang.

"Saya fikir saya mengawal emosi dengan lebih baik," kata Alize.

"Saya semakin berusia dan dapat mengawal emosi dengan lebih baik. Saya gembira kerana ia menjadi pada usia 32 tahun. Lebih baik lewat daripada tiada langsung."

Emma mencipta sejarah di Flushing Meadows tahun lalu selepas menjadi pemain kelayakan pertama menjuarai Grand Slam.

Namun dia gagal mengekalkan prestasi selepas itu denganpencapaian terbaik hanya mara ke pusingan kedua dalam tiga Grand Slam terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2022 @ 11:29 AM