Djokovic muncul juara Terbuka Itali. -FOTO EPA
Djokovic muncul juara Terbuka Itali. -FOTO EPA
AFP

Rom: Novak Djokovic merangkul gelaran Terbuka Itali buat kali keenam selepas meraih kemenangan straight set ke atas Stefanos Tsitsipas, 6-0, 7-6 (7/5) di Rom sementara Iga Swiatek merangkul kejuaraan kelimanya berturut-turut selepas menewaskan Ons Jabeur.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic tidak berdepan masalah menundukkan juara Monte Carlo Masters, Tsitsipas untuk merangkul gelaran kejohanan utama terakhir sebelum Roland Garros bermula akhir bulan ini.

Pemain berusia 34 tahun itu memenangi kejohanan pertama musim ini dan mengesahkan kembali ke prestasi terbaik selepas beberapa bulan musim bermula yang sebelum ini mencetuskan kontroversi berhubung suntikan vaksin Covid-19.

"Saya kembali ke prestasi saya selepas beberapa minggu dan seperti tahun sebelum ini saya tahu tahap terbaik di atas gelanggang tanah liat akan sampai sekitar kejohanan di Rom ini," katanya.

"Jadi ia adalah masa yang terbaik untuk hadir ke Roland Garros dengan gelaran."

Perlawanan akhir yang berlangsung itu adalah perlawanan ulangan perlawanan final membabitkan dua pemain itu di final Terbuka Perancis tahun lalu.

Namun ia sedikit berbeza kerana ia adalah perlawanan sengit yang berlangsung lima set sebelum dimenangi pemain Serbia itu di Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 12:14 PM