CLEMENT Ting meraih emas dalam acara changquan lelaki. FOTO Eizairi Shamsuddin.
CLEMENT Ting meraih emas dalam acara changquan lelaki. FOTO Eizairi Shamsuddin.
Ferzalfie Fauzi dan Sukhairi Thani dan Fadhli Ishak

Hanoi: Atlet wushu negara, Clement Ting mencipta kejutan apabila menggondol pingat emas dalam acara changquan lelaki di Sukan Sea Hanoi, sebentar tadi.

Persembahan kemas Clement menyaksikan dia meraih 9.70 mata daripada juri di Gimnasium Cau Giay di sini, sekali gus menyumbang pingat emas ke-10 kontinjen negara.

Atlet dari Singapura, Jowen Lim mengutip mata yang sama tetapi terpaksa berpuas hati dengan perak susulan darjah kesukaran bagi rutin yang lebih rendah.

Seraf Naro dari Indonesia melengkapkan podium apabila catatan 9.69 mata membolehkan dia meraih gangsa.

Seorang lagi atlet Malaysia, Yeap Wai Kin menamatkan saingan di tempat keempat dengan 9.68 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2022 @ 12:55 PM