Zhafri Aminurashid
Zhafri Aminurashid
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Isu membabitkan pembatalan pingat emas yang dimenangi atlet para lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Paralimpik Tokyo sepatutnya tidak terarah kepada protes yang dilakukan oleh kem Ukraine.

Peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid berkata, isu sebenarnya ialah tanggungjawab sepatutnya dimainkan pegawai yang mengiringi Ziyad sebelum berlangsungnya acara final.

"Kebiasaannya mana-mana atlet yang pergi ke mana-mana kejohanan, dia hanya memikirkan acara atau perlawanan yang akan disertainya sahaja.

"Perkara lain selain daripada itu sepatutnya difikirkan oleh pegawai yang mengiringinya. Pegawai berkenaan harus tahu segala aspek dan jadual pertandingan termasuklah bila sepatutnya atlet mereka patut masuk ke call room (bilik panggilan). Perkara sama juga terpakai dalam konteks Ziyad," katanya ketika dihubungi.

Jelas Zhafri, isu kelewatan memasuki call room tidak boleh dipandang mudah oleh atlet serta pegawai yang mengiringi atlet berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 September 2021 @ 6:00 AM