ZIYAD memuat naik status memohon maaf kepada rakyat Malaysia di laman Instagram miliknya. FOTO Instagram
ZIYAD memuat naik status memohon maaf kepada rakyat Malaysia di laman Instagram miliknya. FOTO Instagram
MUHAMMAD Ziyad Zokefli beraksi pada acara lontar peluru F20, semalam. FOTO BERNAMA
MUHAMMAD Ziyad Zokefli beraksi pada acara lontar peluru F20, semalam. FOTO BERNAMA
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: "Saya minta maaf pada semua rakyat Malaysia."

Demikian status terbaru jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di media sosial miliknya selepas penyertaannya di Paralimpik Tokyo dalam kategori F20 dibatalkan.

"Terima kasih memberi sokongan pada saya," katanya.

Penyertaan Ziyad dibatalkan selepas dia serta dua lagi peserta dari Ecuador dan Australia menerima protes daripada kem Ukraine kerana lambat memasuki 'Call Room' atau ruang menunggu atlet sebelum turun beraksi.

Malah Olahraga Para Dunia dalam satu kenyataan hari ini berkata, rayuan ketiga-tiga atlet iaitu Ziyad serta dua atlet Ecuador dan Australia yang beraksi dalam acara final F20 semalam ditolak oleh juri rayuan Olahraga Para Dunia.

Alasan badan induk itu, ia berdasarkan kepada Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia iaitu 'Gagal melaporkan diri ke Call Room' yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke 'Call Room' pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual Call Room, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

Ziyad mencetuskan kegembiraan seketika buat kontinjen negara semalam di Stadium Olimpik apabila mengungguli acara berkenaan dengan melakar rekod dunia 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Pembatalan penyertaan Ziyad menyaksikan peserta dari Ukraine, Maksym Koval yang sebelum ini menduduki tempat kedua, meraih pingat emas dengan catatan 17.34m sekali gus rekod baharu dunia.

Rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi yang melakukan balingan terbaik 17.30s pada percubaan ketiga, meraih pingat perak.

Berita berkaitan:

ZIYAD memuat naik status memohon maaf kepada rakyat Malaysia di laman Instagram miliknya. FOTO Instagram
ZIYAD memuat naik status memohon maaf kepada rakyat Malaysia di laman Instagram miliknya. FOTO Instagram

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 September 2021 @ 11:18 AM