Sergio Garcia dari Sepanyol ketika menyertai saingan kejohanan The Players. FOTO AFP
Sergio Garcia dari Sepanyol ketika menyertai saingan kejohanan The Players. FOTO AFP
AFP

Miami: Sergio Garcia yang tersisih aksi Masters 2020 selepas didapati kontak Covid-19, tidak akan beraksi seminggu sebelum kejohanan utama itu berlangsung April ini, dalam usaha mengelak dirinya menerima nasib sama.

"Saya tidak akan bermain seminggu sebelum (the Masters)," kata Garcia pada Kejohanan Jelajah Players PGA Amerika Syarikat (AS) di Florida di mana dia mendahului di pusingan pertama.

"Kita mempunyai penonton semula, jadi anda tahu bahawa bila-bila masa sahaja anda mungkin memperolehinya daripada salah seorang daripada mereka.

"Bukan kerana mereka boleh menyebabkan jangkitan atau selain daripada perkara itu, tetapi ia mungkin boleh berlaku."

Garcia yang memenangi kejuaraan utama pada Masters 2017, menarik diri daripada kejohanan di Augusta National pada November lalu selepas diuji positif Covid selain terlepas saingan Terbuka Houston.

Dia mungkin tidak akan beraksi pada Terbuka Texas dekat San Antonio pada 1-4 April ini, acara Jelajah PGA AS akhir sebelum Masters bermula pada 8 April nanti.

Dia berkata dia akan lebih berhati-hati ketika berhubung dengan peminat di kejohanan World Golf Championships Match Play seminggu sebelum Terbuka Texas.

"Saya gembira dapat dekat dengan peminat, tapi terlalu banyak risiko, bagi pemain seperti kami dan jika kami disahkan Covid, kami pasti akan menerima kesannya." katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 1:57 PM