Danielle gembira selepas menewaskan Ashleigh di pusingan kedua Kejohanan Tenis Antarabangsa Adelaide. FOTO Agensi
Danielle gembira selepas menewaskan Ashleigh di pusingan kedua Kejohanan Tenis Antarabangsa Adelaide. FOTO Agensi
AFP

Adelaide, Australia: Pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat, Danielle Collins memberi tentangan sengit ketika menyingkirkan, Ashleigh Barty pada aksi pusingan kedua Kejohanan Tenis Antarabangsa Adelaide, hari ini.

Danielle memanfaatkan beberapa servis buruk dari pemain nombor satu dunia untuk mencatat kemenangan meyakinkan 6-3, 6-4 dengan hanya dalam masa 65 minit.

Ia adalah kemenangan pertama Danielle ke atas Ashleigh dalam tiga pertarungan dan kemenangan pertama berdepan pemain nombor satu dunia.

Ashleigh bermula garang, mematahkan servis awal Danielle dan mendahului 3-1 pada set pertama tetapi servis pertama pemain Australia itu mengganggu aksinya dan Danielle berjaya bangkit untuk menewaskan lawannya itu.

Pada aksi suku akhir, Danielle akan berdepan juara bertahan Terbuka Perancis dari Poland, Iga Swiatek.

"Saya rasa sangat selesa beraksi di sini," kata Danielle.

"Saya tidak mempunyai penyokong di sini hari ini tetapi saya tetap gemar beraksi di hadapan penyokong yang ramai. Ia menjadikan suasana lebih menarik."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 10:26 PM