Ashleigh Barty (kiri) dan Danielle Collins tentukan gelaran juara Terbuka Australia.
Ashleigh Barty (kiri) dan Danielle Collins tentukan gelaran juara Terbuka Australia.
Agensi

Melbourne: Pemain tuan rumah yang juga pilihan utama kejohanan, Ashleigh Barty akan menentang pemain Amerika Syarikat (AS), Danielle Collins pada aksi final Terbuka Australia, Sabtu ini.

Ashleigh yang juga pemain nombor satu menewaskan seorang lagi pemain AS, Madison Key, 6-1, 6-3 pada separuh akhir di Rod Laver Arena, hari ini.

Ashleigh muncul pemain wanita Australia pertama mara ke final di laman sendiri selepas Wendy Turnbull melakukannya pada 1980, sekali gus mensasarkan menjadi pemenang pertama sejak Chris O'Neil memenanginya dua tahun sebelum itu.

Danielle pula mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Iga Swiatek untuk mengesahkan tempat ke final dalam pemburuan gelaran Grand Slam pertamanya.

Pemain pilihan ke-27 kejohanan itu tidak berdepan masalah mengatasi lawan dari Poland itu yang juga bekas juara Terbuka Perancis, 6-4, 6-1.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 10:16 PM