PEMAIN Liverpool, Kolo Toure (kanan) dan Mario Balotelli tiba di Hotel Saujana, Subang Jaya menjelang perlawanan menentang Pilihan Malaysia, malam tadi.
PEMAIN Liverpool, Kolo Toure (kanan) dan Mario Balotelli tiba di Hotel Saujana, Subang Jaya menjelang perlawanan menentang Pilihan Malaysia, malam tadi.

Adelaide, Australia: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan kehadiran mereka di Australia satu pengalaman berharga buat Reds sebelum menamatkan aksi jelajah pramusim.

Liverpool menamatkan siri jelajah di Australia dengan kemenangan 2-0 ke atas Adelaide United yang disaksikan lebih 53,000 peminat di Adelaide Oval malam kelmarin. Sementara 50,000 peminat hadir menyaksikan mereka menewaskan Brisbane Roar 2-1 di Brisbane minggu lalu.

“Mempunyai lebih 100,000 penyokong sepanjang dua perlawanan, ia memberitahu anda mengenai sokongan penduduk di sini kepada kelab dan keghairahan mereka terhadap bola sepak,” kata Rodgers.

“Ia satu penghormatan yang besar dan saya pasti akan kembali ke sini seberapa cepat yang mungkin.”

Rodgers dan barisan pemain Liverpool meninggalkan Australia semalam dengan pengurus itu tidak meragui mengenai kemampuan mereka sepanjang siri jelajah pramusim Down Under.

“Ia sesuatu yang menyeronokkan berada di Australia,” katanya.

“Bagi sesetengah orang dan beberapa kakitangan ia adalah kunjungan pertama ke Australia. Saya sangat bertuah dapat hadir ke sini buat pertama kali dua tahun lalu dan kunjungan ini begitu menyeronokkan,” katanya.
- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 2:56 AM