Andy Murray. FOTO Agensi
Andy Murray. FOTO Agensi
AFP

Paris: Bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray akan melakukan penampilan semula di Jelajah ATP pada Terbuka Sud de France, dekat Montpellier, minggu depan menurut penganjur kejohanan itu, hari ini.

Murray tewas pada aksi final Cabaran Biella di Itali pada Ahad lalu, yang juga kejohanan pertama bagi dirinya pada tahun ini.

Pemain berusia 33 tahun, juara Grand Slam tiga kali (Terbuka Amerika Syarikat 2012, Wimbledon 2013 dan 2016) tersisih saingan Terbuka Australia yang sedang berlangsung ketika ini kerana diuji positif Covid-19.

"Andy Murray, sebelum ini pemain nombor satu dunia, juara dalam pelbagai kejohanan Slam dan pemenang pingat Emas Olimpik beregu, akan beraksi di Terbuka Sud de France 2021," menurut penganjur kejohanan yang akan bermula pada 21 Februari ini.

"Dengan 46 kejuaraan ATP dia adalah antara pemain terbaik pada dekad yang lalu.

"Selepas dihimpit kecederaan sejak beberapa tahun lalu, dia berkerja keras dalam tempoh rehat dan meletakkan sasaran untuk bertanding sekali lagi pada 2021."

Murray hanya beraksi tujuh perlawanan utama pada 2020 ketika dia bergelut dengan masalah pelvic yang menjejaskan usahanya untuk membina semula karier selepas menjalani pembedahan pinggul.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 10:47 AM