MURRAY tidak dapat beraksi di Terbuka Australia kerana positif Covid-19 sebelum ini. FOTO AFP
MURRAY tidak dapat beraksi di Terbuka Australia kerana positif Covid-19 sebelum ini. FOTO AFP
AFP

Rome: Bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray akan memulakan musim 2021 berhampiran kawan pergunungan Alps di Itali minggu ini, iaitu 16,000 kilometer dari saingan tumpuan, Terbuka Australia.

Juara tiga kali kejuaraan utama itu mendapat wild card untuk bersaing dalam kejohanan divisyen dua di Biella di utara Itali.

Wang kemenangan keseluruhan kejohanan itu tidak sampai AS$54,000 (RM219,000) berbanding AS2.1 juta (RM8.5 juta) yang ditawarkan kepada juara kejohanan pembukaan Grand Slam di Melbourne yang juga akan bermula Isnin ini.

"Andy Murray. Bekas pemain nombor satu dunia akan memulakan kempen 2021 minggu depan di Cabaran Biella. Dia akan ke undian utama selepas mendapat wild card," kata penganjur.

Murray yang menduduki ranking 124 dunia bergelut dengan kecederaan pelvis sekali gus mengganggu untuk membina semula kariernya selepas pembedahan di bahagian pinggul.

Impiannya untuk kembali ke Melbourne tahun ini terbantut selepas dia diuji positif Covid-19 bulan lalu.

Murray, 33, hanya beraksi dalam tujuh kejohanan rasmi pada 2020 kerana kecederaan pelvis dan lima bulan saingan ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2021 @ 11:59 AM