PENOLONG pengurus Forest  Rui Pedro Silva dilayang kad kuning ketika menentang Everton. FOTO Reuters
PENOLONG pengurus Forest Rui Pedro Silva dilayang kad kuning ketika menentang Everton. FOTO Reuters
Agensi

London: Nottingham Forest menggesa audio antara pegawai perlawanan ketika tewas 0-2 di Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu didedahkan kepada umum.

Forest berang selepas tiga penalti yang sepatutnya diperolehi dinafikan pengadil di Goodison Park menyebabkan mereka hanya satu mata daripada zon penyingkiran.

Ketiga-tiga insiden itu mencetuskan kemarahan di akaun X kelab dengan mereka sedang menimbang beberapa pilihan susulan keputusan buruk pengadil.

"Kami meminta audio membabitkan tiga insiden penting - kekasaran Ashley Young ke atas Giovanni Reyna (min-24), bola terkena tangan Ashley Young (min-44) dan Ashley Young mengasari Callum Hudson-Odoi (min-56)," menurut kenyataan Forest awal pagi tadi.

Kelab turut berkata, mereka memberi 'amaran' kepada Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) minggu lalu mengenai salah seorang pegawai VAR bertugas ialah penyokong Luton namun tiada sebarang tindakan diambil.

Kemenangan Everton kelmarin membolehkan mereka lima mata di atas zon penyingkiran dengan baki lima perlawanan walaupun dipotong lima mata susulan kegagalan mematuhi peraturan kewangan manakala Forest dipotong empat mata atas kesalahan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 8:59 AM