KAPADZE  (kanan) bersama jurulatih Malaysia (kiri), jurulatih Kuwait (dua kiri) dan pengendali Vietnam pada sidang media hari ini. - FOTO FAM
KAPADZE (kanan) bersama jurulatih Malaysia (kiri), jurulatih Kuwait (dua kiri) dan pengendali Vietnam pada sidang media hari ini. - FOTO FAM
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Status Malaysia sebagai pasukan kerdil dalam kempen kumpulan D Piala Asia B-23 bukanlah tiket buat Uzbekistan memandang 'sebelah mata' lawannya itu.

Pengendali Uzbekistan Timur Kapadze berkata, Malaysia boleh menjadi duri dalam daging buat pasukannya jika terlalu memandang mudah saingan diberikan pasukan terbabit.

Beliau berkata, perlawanan pertama cukup penting dalam usaha meniup semangat anak buahnya untuk meraih keputusan positif pada baki perlawanan menentang Vietnam dan Kuwait kelak.

"Saya tidak anggap perlawanan pertama mudah kerana setiap pasukan ada sasaran iaitu mahu meraih kemenangan. Oleh itu, kita perlu menghormati semua pasukan.

"Setakat ini, semua pemain berada dalam kondisi terbaik dan sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan pertama esok. Kemenangan pertama memberi motivasi kepada pemain," katanya, katanya, dalam sidang media pra-perlawanan kumpulan D Piala Asia B-23, di Qatar.

Mengikut rekod, kempen kali ini menyaksikan skuad Harimau Muda yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).

Tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi 'play-off' menentang wakil Afrika, Guinea.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad Harimau Muda pada kempen Piala Asia B-23 adalah mara ke suku akhir edisi 2018 sebelum tewas 1-2 di tangan Korea Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 5:54 PM