NIGUEL meraikan jaringannya ketika menentang Villarreal. FOTO AFP
NIGUEL meraikan jaringannya ketika menentang Villarreal. FOTO AFP
Reuters

Madrid: Pemain gantian Saul Niguez menjaringkan gol lewat bagi membantu Atletico Madrid menang 2-1 di Villarreal awal pagi tadi.

Tiga mata diperoleh membolehkan skuad Diego Simeone kembali ke kelompok empat teratas LaLiga dengan baki lapan perlawanan musim ini.

Ia kemenangan amat diperlukan Atletico selepas dua kekalahan berturut-turut dan dua kemenangan dalam tujuh aksi liga terakhir menyebabkan mereka berisiko gagal ke Liga Juara-Juara musim depan.

Mereka berdepan Villarreal yang berada pada tahap terbaik selepas empat kemenangan berturut-turut dan tidak tewas dalam sembilan aksi terakhir sekali gus menobatkan jurulatih mereka Marcelino Garcia sebagai jurulatih terbaik LaLiga bulan Mac.

Atletico melonjak ke tangga keempat dengan 58 mata, dua mata mengatasi Athletic Bilbao yang tewas 0-2 di tangan pendahulu Real Madrid semalam.

Girona di tangga ketiga dengan 65 mata, dua mata di belakang Barcelona manakala Real selesa di puncak dengan 75 mata. Villarreal di tangga ke-10 dengan 38 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2024 @ 7:36 AM