KLOPP meninggalkan padang ketika menumpaskan Fulham dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga. FOTO AFP
KLOPP meninggalkan padang ketika menumpaskan Fulham dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga. FOTO AFP
AFP

London: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menegaskan pada adalah terlalu awal musim ini untuk bercakap mengenai pemburuan empat trofi (quadruple) oleh pasukannya selepas mereka mara ke final Piala Liga.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mempunyai peluang untuk memenangi empat trofi dalam satu musim dua tahun lalu selepas mengalahkan Chelsea - lawan mereka pada perlawanan akhir bulan depan - di Wembley.

Bagaimanapun, mereka terpaksa berpuas hati dengan kejuaraan berganda trofi domestik, selepas menewaskan Chelsea dalam perlawanan akhir Piala FA, sebelum ditewaskan tipis kepada di perebutan kejuaraan EPL oleh Manchester City pada hari terakhir musim dan tewas kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara.

Liverpool bersaing masih bersaing dalam empat kejuaraan lagi musim ini, dengan anak buah Klopp di hadapan lima mata di puncak liga dan ke pusingan 16 terakhir Liga Europa tatkala mereka bersiap sedia untuk perlawanan pusingan keempat Piala FA Ahad ini di laman sendiri menentang pasukan divisyen dua, Norwich .

"Sejujurnya saya tidak memikirkannya kerana kami masih jauh untuk mengharungi 'empat final'," kata Klopp, kurang 24 jam selepas kemenangan separuh akhir Piala Liga dengan agregat 3-2 Liverpool ke atas Fulham.​

"Kami sudah layak untuk satu final. Tidak masuk akal untuk merancang yang seterusnya sebelum anda memainkan yang pertama.

"Kemungkinan besar kami tidak akan mencapai ketiga-tiga perlawanan akhir itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2024 @ 1:06 PM