BARISAN skuad Harimau Malaysia di Piala Asia. -FOTO NSTP
BARISAN skuad Harimau Malaysia di Piala Asia. -FOTO NSTP
Syazwan Msar


Kuala Lumpur:Impak kekalahan skuad Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Bahrain malam tadi (paper malam kelmarin) bukan hanya mengecewakan penyokong pasukan kebangsaan namun turut menjejaskan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Hal ini kerana, keputusan yang dilihat cukup perit itu menyebabkan ranking Malaysia jatuh di kedudukan 136 dunia.

Ketika ini, kedudukan Harimau Malaya turun daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 136 dunia susulan hilang 12.5 mata.

Namun, skuad bimbingan Kim Pan-gon itu berpeluang untuk memperbaiki kedudukan mereka jika berjaya mencatat keputusan positif menentang Korea Selatan.

Skuad kebangsaan akan bertemu Korea Selatan bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan E dengan misi sekurang-kurangnya mencuri mata pada 25 Januari ini.

Malaysia kini berada di tangga ketiga pasukan di Asia Tenggara selepas Vietnam (ke-99 dunia) dan Thailand (ke-104 dunia) dan Malaysia (ke-136 dunia).

Pada perlawanan malam tadi menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-1 menerusi jaringan tunggal Ali Madan di hujung permainan.

Kekalahan itu adalah yang kedua selepas tewas 0-4 kepada Jordan dalam perlawanan pertama Selasa lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2024 @ 1:44 PM