MANE ledak gol ketiga ketika Senegal menang ke atas Cameroon. -FOTO AFP
MANE ledak gol ketiga ketika Senegal menang ke atas Cameroon. -FOTO AFP
Agensi

Yamoussoukro, Ivory Coast: Bintang Senegal, Sadio Mane berkata dia sangat gembira bermain bola sepak kelab di Arab Saudi dan menafikan dia kurang mendapat perhatian di sana berbanding dengan bermain di salah satu liga "lima besar" Eropah.

"Itu pendapat anda kerana saya tidak berada di Eropah," kata Mane selepas menjaringkan gol ketiga Senegal dalam kemenangan 3-1 ke atas Cameroon pada Piala Negara-Negara Afrika.

"Ini menyedihkan untuk kamu semua. Kerana bagi anda semua, jika anda tidak bermain di Eropah, ia sesuatu yang tidak boleh. Saya tidak berada di sana sebagai pemain bola sepak."

Mane bermain untuk Liverpool dan Bayern Munich sebelum menyertai pasukan Saudi Al-Nassr tahun lepas.

"Tetapi saya boleh katakan liga Saudi adalah liga yang sangat bagus dan ditonton oleh semua orang di dunia, jadi bagi saya, selagi saya melakukan yang terbaik dan saya berseronok setiap minit, itu lebih penting," kata Mane. "Selebihnya, bagi saya, tidak penting."

Walaupun memenangi Bundesliga, Mane mengharungi musim sukar di Bayern selepas menyertai Liverpool pada 2022. Dia memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara bersama Liverpool.

\Kemenangan Senegal memastikan mereka layak ke peringkat kalah mati Piala Afrika dengan baki satu perlawanan hasil kemenangan 3-1 ke atas Cameroon di Yamoussoukro.

Ismaila Sarr dari Marseille meletakkan penyandang juara itu di hadapan awal dan kemudiannya Habib Diallo menjadikan kedudukan 2-0.

Jean-Charles Castelletto mendapat satu gol buat Cameroon tetapi Senegal mengesahkan kemenangan meyakinkan apabila Mane meledak gol ketiga buat Senegal meraih kemenangan selesa.

Senegal kini mengumpul enam mata maksimum selepas dua perlawanan Kumpulan C, manakala Cameroon hanya mempunyai satu mata dan harapan mereka untuk mara ke pusingan 16 terakhir semakin tipis.

"Saya masih ingat bahawa pada 2017 kami tewas kepada Cameroon pada suku akhir, jadi semasa perlawanan ini kami melakukan segala-galanya untuk menang," kata penyerang Marseille, Sarr.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 10:16 AM