MANE ledak hatrik buat Senegal ketika menentang Benin. -FOTO AFP
MANE ledak hatrik buat Senegal ketika menentang Benin. -FOTO AFP
AFP

Johannesburg: Sadio Mane meledakkan hatrik buat Senegal untuk menewaskan Benin 3-1 pada perlawanan pertama Piala Negara-Negara Afrika dan membayangkan bahawa dia tidak akan bersama Liverpool lagi untuk musim depan.

Bercakap pada media sebelum aksi perlawanan Kumpulan L, Mane berkata: "Saya akan melakukan apa yang mereka (rakyat Senegal) mahu.

"Seperti orang lain, saya berada di media sosial dan melihat komen. Bukankah antara 60 hingga 70 peratus rakyat Senegal mahu saya meninggalkan Liverpool?

Mane membentuk gandingan 'maut' bersama pemain bola sepak terbaik Afrika sebanyak dua kali Mohamed Salah dari Mesir dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan gergasi Jerman, Bayern Munich.

Dia berkata, dia akan mendedahkan perancangan masa depannya selepas aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang menyaksikan Liverpool tewas kepada Real Madrid pada hujung minggu lalu namun tidak berbuat demikian.

"Kita tunggu tidak lama lagi," katanya pada sidang media di Senegal. "Jangan tergesa-gesa kerana kita akan melihatnya bersama-sama."

Pemain bola sepak terbaik Afrika berusia 30 tahun itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12 di stadium kebangsaan di Diamniadio dekat Dakar.

Mane meledak sekali lagi pada minit ke-23 apabila menerjah masuk ke dalam kotak dan menjaringkan gol kedua selepas penjaga gol Saturnin Allagbe menepis rembatan awalnya.

Benin terpaksa bermain 10 orang selepas Sessi D'Almeida di buang padang pada babak awal separuh masa kedua dan Mane melengkapkan hatriknya hasil satu lagi penalti sebelum Junior Olaitan merapatkan jurang jaringan.

Senegal selepas ini akan berkunjung ke Rwanda Selasa ini dan sukar untuk membayangkan sebarang keputusan selain satu lagi kemenangan buat Teranga Lions.

Sementara itu Rwanda mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Mozambique dan mereka kini berkongsi tempat kedua di belakang Senegal dan mengatasi Benin yang dibimbing oleh penjaga gol Moussa Latoundji selepas pemergian jurulatih dari Perancis, Michel Dussuyer.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2022 @ 8:14 AM