HEE Chan (kanan) muncul wira buat Wolves selepas meledak gol kemenangan. FOTO Reuters
HEE Chan (kanan) muncul wira buat Wolves selepas meledak gol kemenangan. FOTO Reuters
Reuters

Wolverhampton: Hwang Hee-chan mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan untuk membolehkan Wolverhampton Wanderers menang 1-0 ke atas Burnley.

Wolves menerima hadiah jaringan berkenaan ketika tiga minit sebelum rehat ketika Burnley cuba bermain dari belakang.

Apabila Sander Berge kehilangan penguasaan bola, Matheus Cunha mengumpan bola kepada Hee Chan dan dia menjaringkan gol liga kelapannya dalam kempen musim ini hasil penyudah mudah.

Ia adalah perlawanan yang dihidangkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol termasuk melalui Jay Rodriguez dan Josh Brownhill namun penjaga gol Wolves, Daniel Bentley berjaya melakukan aksi cemerlang menyelamatkan dua percubaan berturut-turut.

Wolves naik ke tangga ke-12 dengan mengumpul 18 mata daripada 15 perlawanan, manakala Burnley kekal di tempat ke-19 dengan tujuh mata daripada 15 perlawanan mereka.

Ia juga rekod tanpa bolos pertama Wolves dalam 12 perlawanan sejak akhir Ogos akan menjadi aspek kemenangan yang sangat menggembirakan bagi pengurus Gary O'Neil.

]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2023 @ 7:07 AM