PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah (tengah) cuba melepasi tiga pemain pertahanan past Leicester City pada perlawanan hari ini. FOTO AFP
PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah (tengah) cuba melepasi tiga pemain pertahanan past Leicester City pada perlawanan hari ini. FOTO AFP
AFP

Singapura: Liverpool mengukuhkan persediaan sebelum musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan bergaya, 4-0, ke atas Leicester City pada perlawanan persahabatan pramusim di sini, hari ini.

Gol menerusi Darwin Nunez, Bobby Clark dan Diogo Jota dalam tempoh lapan minit memastikan mereka mendahului 3-0 sebelum rehat.

Ben Doak kemudian menanduk masuk gol keempat pada pertengahan babak kedua untuk melengkapkan kemenangan di Stadium Nasional.

Dua minggu sebelum Liverpool memulakan kempen EPL di Chelsea, pengurus, Jurgen Klopp boleh membuat persediaan terbaik untuk pasukannya.

"Kami memiliki banyak saat bagus, tetapi boleh melakukan lebih baik lagi," kata pengendali dari Jerman itu.

"Saya sudah tentu gembira dengan segala yang berlaku. Keputusan perlawanan ini bagus, tiada pemain cedera sebaliknya hanya berlaga saja dan atmosfera sebelum serta selepas perlawanan memang hebat. Ia ibarat hari yang bagus di pejabat."

Liverpool akan menentang Bayern Munich dalam satu lagi perlawanan persahabatan pramusim di Singapura, Rabu depan.

Manakala Leicester yang tersingkir dari EPL, musim lalu, akan kembali ke England dan memulakan kempen Liga Kejuaraan menentang Coventry City, Ahad depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2023 @ 9:15 PM