KRATZIG (kiri) meraikan jaringannya. FOTO REUTERS
KRATZIG (kiri) meraikan jaringannya. FOTO REUTERS
AFP

Singapura: Jaringan menakjubkan pada masa kecederaan oleh Frans Kratzig mengesahkan kemenangan Bayern Munich dalam aksi persahabatan pramusim menentang Liverpool di Singapura, hari ini ketika juara liga Jerman itu bangkit dari ketinggalan dua kali untuk menang 4-3.

Pemain berusia 20 tahun itu merembat melepasi Alisson ketika perlawanan memasuki masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan pada perlawanan mendebarkan di hadapan hampir 50,000 penyokong dekat Stadium Nasional.

Gol pada minit ke-2 oleh Cody Gakpo dan tandukan Virgil van Dijk minit ke-28 meletakkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mendahului dua gol pada setengah jam pertama permainan.

Namun Bayern berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol Serge Gnabry minit ke-33 dan Leroy Sane (m-42) sebelum berakhir separuh masa pertama.

Luis Diaz kembali meletakkan Liverpool di depan pada pertengahan babak kedua sebelum Josip Stanisic menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-80 dan Kratzig memastikan kemenangan buat Bayern.

Liverpool menewaskan Leicester City 4-0 di venue sama Ahad lalu dan mereka bermula garang ketika bertemu Bayern apabila mendahului hanya selepas 112 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2023 @ 11:08 PM