MOUNT ke United sebab Chelsea tidak ada perancangan buatnya. FOTO Agensi
MOUNT ke United sebab Chelsea tidak ada perancangan buatnya. FOTO Agensi
AFP

London: Pemain tengah baharu Manchester United, Mason Mount mendakwa dia meninggalkan Chelsea kerana menyedari dia tidak berada dalam perancangan kelab itu beberapa bulan lalu.

Mount menandatangani kontrak lima tahun dengan United dengan bayaran awal yang dilaporkan sebanyak £55 juta (RM327 juta).

Perpindahan pemain antarabangsa England itu ke Old Trafford dilaporkan dicetuskan oleh kebuntuan dalam rundingan mengenai perjanjian baharu di Stamford Bridge.

Bagaimanapun, Mount berkata dia mempunyai perasaan Chelsea sanggup merancang tanpanya untuk jangka masa panjang, satu syak wasangka yang meyakinkannya untuk menyertai Red Devils.

"Beberapa bulan lalu saya fikir ia menjadi jelas bahawa saya tidak berada dalam perancangan Chelsea dan sebaik sahaja saya tahu bahawa United berminat, keputusan saya sudah dibuat," kata Mount kepada MUTV.

"Ia adalah kelab besar, pemain besar dan ikonik bermain di sini, dan saya mahu menjadi sebahagian daripadanya sejak awal. Masuk awal, bersedia untuk pramusim bermula, adalah objektif utama saya juga."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2023 @ 7:03 PM