ALLARDYCE tugas berat menantinya bersama Leeds. FOTO Reuters
ALLARDYCE tugas berat menantinya bersama Leeds. FOTO Reuters
AFP

Manchester, United Kingdom: Manchester City boleh menghampiri kejuaraan Liga Perdana buat kali ketiga berturut-turut hujung esok apabila mereka bakal berdepan Leeds yang kini sedang bergelut manakala Arsenal akan berkunjung ke Newcastle.

Sam Allardyce akan mengendalikan perlawanan pertamanya bersama Leeds menentang pasukan City yang sudahpun memenangi sembilan perlawanan liga terakhir mereka.

Manakala Arsenal yang kini di tempat kedua menaruh harapan acara City kecundang namun Newcastle juga mempunyai sesuatu kerana hanya kemenangan di St James Park akan membuka peluang kepada mereka layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam dua dekad.

Sam Allardyce mengatakan bahawa dia 'sebaik' bos City, Pep Guardiola dalam sidang akhbar yang yang mengumumkan dia kembali ke Liga Perdana.

Pengendali berusia 68 tahun itu hanya mempunyai empat perlawanan untuk membuktikannya keupayaannya dan memperoleh bonus £2.5 juta (RM13.96 juta) untuk mengekalkan Leeds di liga teratas.

Javi Gracia terpaksa membayar harga yang tinggi selepas dia hanya meraih satu mata daripada lima perlawanan, di mana Leeds bolos 18 gol ketika dia dipecat pada hari Rabu lalu.

Reputasi Allardyce meyakinkan pengerusi Leeds Andrea Radrizzani untuk memperjudikan nasib mereka ke atas bos England itu.

Tetapi Allardyce berdepan tugas ke apabila berkunjung ke City yang mengejar kejuaraan ketiga diikuti pertembungan menentang Newcastle, West Ham dan Tottenham.

"Ia mungkin hanya satu cabaran terbesar (dalam karier saya) kerana baki perlawanan yang tinggal," kata Allardyce.

Satu lagi kemenangan akan membawa anak buah Guardiola kekal di puncak dengan empat mata sekurang-kurangnya sehingga Ahad, tetapi dia perlu berhati-hati dengan impak yang mungkin diberikan Allardyce.

"Ia akan menjadi sukar kerana dia mempunyai karisma," kata Guardiola. "Dia akan memberikan tekanan kepada pemain dan dia tahu apa yang perlu dilakukan dalam situasi seperti ini dalam pertempuran penyingkiran."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2023 @ 11:14 AM