SAM Allardyce. FOTO Getty Images
SAM Allardyce. FOTO Getty Images
AFP

London: Sam Allardyce (gambar) sedia dinamakan sebagai pengurus baharu England pada mesyuarat lembaga Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris di Wembley semalam, menurut pengerusi FA Greg Dyke.

Allardyce dipilih panel tiga ahli yang memutuskan bos Sunderland itu adalah pilihan terbaik dalam senarai pendek yang turut terdiri daripada pengurus Hull Steve Bruce, ketua jurulatih Bournemouth Eddie Howe dan jurulatih Amerika Syarikat Juergen Klinsmann.

Difahamkan pilihan utama FA adalah pengurus Arsenal Arsene Wenger namun apabila beliau menolak permintaan mereka, Allardyce, yang mendapat sokongan kuat daripada bekas bos Manchester United Alex Ferguson, mengungguli senarai calon menggantikan Roy Hodgson.

Dyke dijadual meletak jawatan selepas tiga tahun sebagai pengerusi FA semalam namun sekalipun beliau tidak terbabit dalam proses pemilihan itu, beliau akan hadir begitu juga ketua eksekutif FA Martin Glenn dan naib pengerusi David Gill memberikan alasan bagi mencalonkan Allardyce.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 8:22 AM