FADHLI (kiri) pada saingan Piala FA Malaysia 2023 menentang Perak. FOTO Bernama
FADHLI (kiri) pada saingan Piala FA Malaysia 2023 menentang Perak. FOTO Bernama
Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC yang belum tewas dalam saingan Liga Super mahu keputusan positif apabila berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Jumaat ini.

Pemain pertahanan skuad Tok Gajah, Fadhli Shas berkata, pencapaian itu diharap diteruskan untuk memastikan skuad itu kekal berada pada kedudukan terbaik dalam saingan liga.

"Sebenarnya, rekod tanpa kalah setakat ini adalah satu bonus buat kami sebagai motivasi

untuk bermain dengan lebih baik.

"Bagi kami setiap perlawanan mendatangkan keputusan yang positif buat Sri Pahang," katanya.

Fadhli berkata, misi utama untuk bermain dengan cemerlang dan mencatat kemenangan ke atas lawan.

Katanya, biarpun Terengganu dilihat memiliki kelebihan bermain di halaman sendiri, ia tidak

menghalang misi meraih tiga mata.

"Kami juga selalu menganggap lawan kami adalah yang terbaik dan Sri pahang akan mempamerkan prestasi lebih baik.

"Pada masa sama, jentera serangan Terengganu turut menjadi perhatian terutama sentuhan pemain import, Jordan Mintah," katanya.

Selepas sembilan perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan ketiga dengan mengutip 19 mata manakala TFC pula di kedudukan keenam dengan mengumpul 13 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2023 @ 1:33 PM