FADHLI (kanan) mahu rakan sepasukan berwaspada apabila menentang PDRM FC, malam esok. FOTO FB SRI PAHANG FC
FADHLI (kanan) mahu rakan sepasukan berwaspada apabila menentang PDRM FC, malam esok. FOTO FB SRI PAHANG FC
Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC yang belum tewas dalam saingan Liga Super musim ini tidak mahu pulang dengan kekecewaan apabila berdepan PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.

Pemain pertahanan Tok Gajah, Fadhli Shas berkata, prestasi mengagumkan The Cops memerlukan skuad itu lebih berwaspada dan konsisten dengan tentangan yang bakal dihadapi.

"Jika dilihat kepada prestasi semasa, PDRM bukan pasukan mudah ditewaskan kerana mereka turut mengutip 10 mata seperti Sri Pahang selepas enam perlawanan.

"PDRM adalah pasukan berbeza dan memiliki barisan pemain yang bagus berbanding musim lalu.

"Oleh itu kami perlu lebih berwaspada dan perlu memanfaatkan segala peluang untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kami," katanya.

Selepas enam perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kelima manakala The Cops pula keenam apabila masing-masing mengutip 10 mata.

Fadhli berkata, kegagalan mengutip tiga mata ketika seri 1-1 berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Makmur, Sabtu lalu, diharap dapat ditebus.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2023 @ 2:36 PM