KLOPP harah tuah Anfield memihak anak buahnya ketika menentang Arsenal.
KLOPP harah tuah Anfield memihak anak buahnya ketika menentang Arsenal.
Reuters

London: Pengurus Liverpool Juergen Klopp berharap dapat melihat reaksi daripada pemainnya yang berdepan kemerosotan prestasi apabila mereka berdepan Arsenal Ahad ini selepas hanya mampu seri tanpa jaringan di Chelsea kelmarin.

Liverpool jatuh ke tangga kelapan liga selepas keputusan seri itu dengan 43 mata daripada 28 perlawanan, 10 mata di belakang kelompok empat teratas.

Keputusan di Stamford Bridge itu yang keempat berturut-turut tanpa kemenangan dalam semua kejohanan buat skuad Klopp yang tidak konsisten sepanjang musim ini.

Namun, ketika mereka hanya menang sekali dalam lapan perlawanan terakhir di tempat lawan, kelab Merseyside itu tampil cemerlang dalam aksi liga di tempat sendiri dengan Leeds United satu-satunya kelab yang menang di Anfield.

Klopp berkata mereka akan cuba mengekalkan statistik itu apabila menerima kehadiran Arsenal, pelawat pertama di Anfield sejak Liverpool membelasah Manchester United 7-0 pada awal bulan lalu.

"Perlawanan (Chelsea) ini sudah berlalu dan kini kami mempunyai peluang lain. Kami akan cuba sebaik mungkin dan kami perlukan Anfield," kata Klopp kepada wartawan hari ini.

"Kami beraksi di tempat sendiri dan kami masih perlu tunjukkan reaksi dan peningkatan."

Walaupun Liverpool tewas 2-3 kepada Arsenal di tempat lawan dalam aksi pertama musim ini Oktober lalu, mereka menang enam aksi liga terakhir di tempat sendiri ke atas kelab London itu dan menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol dalam setiap perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 8:16 PM