STADIUM Darul Aman menjadi gelanggang aksi perlawanan nostalgia antara legenda bola sepak Kedah dan Singapura. FOTO Izzali Ismail
STADIUM Darul Aman menjadi gelanggang aksi perlawanan nostalgia antara legenda bola sepak Kedah dan Singapura. FOTO Izzali Ismail
Oleh Izzali Ismail


Alor Setar : Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melengkapkan persiapan sebelum memulakan aksi Liga Super pada musim ini dengan mengumumkan penaja utama dan pelancaran jersi baharu skuad Sang Kenari 2023 yang akan diadakan dihadapan ribuan penyokongnya di Stadium Darul Aman esok.

Menurut kenyataan rasmi kelab berkenaan, pengumuman penaja utama, dermasiswa KDA FC dan pelancaran jersi akan bermula pada pukul 8 malam itu juga turut akan dimeriahkan lagi dengan memperkenalkan lagu baharu skuad Sang Kenari.

"Lagu KDA FC iaitu 'Membina Impian Mengupaya Legasi' yang diilhamkan oleh pemilik kelab Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar akan dinyanyikan penyanyi Khai AF yang akan bergandingan dengan Rosma AF.

"Ini pasti menarik kerana buat pertama kalinya dengan sentuhan pemilik KDA FC sendiri, lagu ini akan menjadi siulan penyokong selain dari lagu keramat Biar Jasa Jadi Kenangan ciptaan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil, katanya.

Bagi memeriahkan majlis pelancaran jersi berkenaan, KDA FC juga turut disajikan dengan aksi perlawanan klasik antara legenda pemain bola sepak Kedah dan Singapura.

Selain aksi perlawanan, Stadium Darul Aman juga akan dimeriahkan pada dengan Karnival Hari Sang Kenari yang akan menawarkan pelbagai jualan jersi dan barangan KDA FC serta barangan jualan dari pihak penaja bermula 10 pagi hingga 11 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2023 @ 1:19 PM