AKSI Tomiyasu pada saingan liga. FOTO AFP
AKSI Tomiyasu pada saingan liga. FOTO AFP
Agensi

London: Pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu mendedahkan di sebalik kecemerlangan Arsenal pada musim ini.

Jelas bintang Jepun itu, setiap pemain sudah memahami falsafah bola sepak yang mahu diterapkan oleh pengendali Gunners, Mikel Arteta.

"Kami mempunyai beberapa pemain baharu tetapi yang paling penting ialah kami faham falsafah bola sepak Mikel berbanding musim lalu," katanya.

Melihat kepada transformasi Arsenal di bawah bimbingan Arteta dalam tempoh hanya 12 bulan, sukar untuk menafikan pandangan bintang antarabangsa Jepun itu.

The Gunners kini menduduki tempat teratas di pertengahan musim Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mereka sudah mengumpul 50 mata daripada 19 perlawanan pertama mereka, lebih banyak berbanding barisan pasukan Arsenal lain dalam sejarah saingan EPL.

Setakat ini mereka hanya tewas sekali di Manchester United pada September lalu namun dapat membalas dendam ke atas skuad bimbingan Erik ten Hag dengan kemenangan 3-2 di Stadium Emirates kurang dua minggu lalu.

"Musim lalu kami sudah memahaminya tetapi tidak dapat menterjemahkannya di atas padang.

"Musim ini kami sudah faham dan menunjukkan bagaimana dia mahu kami bermain. Ini adalah perbezaan yang agak ketara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 10:17 PM