TIMBER bakal memperkuatkan bahagian pertahanan Arsenal. FOTO Agensi
TIMBER bakal memperkuatkan bahagian pertahanan Arsenal. FOTO Agensi
AFP

London: Arsenal mengumumkan menandatangani pemain pertahanan antarabangsa Belanda, Jurrien Timber dari Ajax pada ketika The Gunners terus mengukuhkan skuad untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ajax mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa pemain berusia 22 tahun itu menelan kos awal €40 juta (RM203 juta) dengan tambahan bernilai €5 juta (RM25.4 juta) lagi,

Timber memenangi dua gelaran Eredivisie dalam 121 penampilan bersama Ajax dan juga sebahagian daripada skuad Belanda yang mara ke suku akhir Piala Dunia tahun lalu.

Dia boleh beraksi di bahagian pertahanan tengah dan kanan sekali gus memberi pilihan buat Arsenal yang bergelut menangani kecederaan William Saliba dan Takehiro Tomiyasu menjelang akhir musim lalu.

"Kami sangat teruja bahawa Jurrien menyertai kami," kata bos Arsenal, Mikel Arteta.

"Dia adalah pemain pertahanan muda yang serba boleh, di mana sesuai dengan sistem kami dan memberikan skuad kami dengan kualiti tambahan yang banyak."

Arsenal terlepas kejuaraan EPL pertama selepas 19 tahun musim lalu selepas menduduki tempat kedua di belakang pemenang treble, Manchester City.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2023 @ 11:55 PM