KANE berpeluang memecahkan rekod Greaves pusingan keempat Piala FA. FOTO Reuters
KANE berpeluang memecahkan rekod Greaves pusingan keempat Piala FA. FOTO Reuters
AFP

London: Harry Kane mendedahkan mengetepikan rasa demam untuk menyamai rekod Jimmy Greaves sebagai penjaring bersama Tottenham dengan gol ke-266 kelab itu selepas mereka melakar kemenangan 1-0 ke atas Fulham.

Kapten England itu menjaringkan gol pada babak pertama dari tepi kawasan penalti di Craven Cottage.

Rekod Greaves bertahan sejak 1970 namun gol pertama Kane dalam tiga penampilan terakhirnya membolehkannya untuk berkongsi rekod berkenaan.

Bagaimanapun dia bermain dalam keadaan tidak sihat sepenuhnya apabila tidak dapat tidur malam kesan daripada deman yang dialaminya.

"Malam tadi adalah malam yang sukar untuk setiap beberapa jam. Pepijat atau virus. Saya mempunyai tiga anak tetapi saya perlu menempuh keseluruhan hari esok," kata Kane.

"Untuk mendapatkan gol dan menyamai rekod adalah perasaan yang menyenangkan."

Sementara itu pengendali Tottenham Antonio Conte memuji keinginan Kane untuk bermain biarpun dalam keadaan tidak sihat.

"Saya ingin memaklumkan bahawa Harry bermain dalam keadaan demam. Dia tidak berada dalam keadaan terbaik tetapi dia mahu bermain kerana dia faham keadaan dan mata yang menjadi ukuran kepada kami, untuk saya dan pemain lain," kata Conte.

Kane boleh memecahkan rekod Greaves pada separuh masa kedua, tetapi tandukannya dari jarak dekat berjaya diselamatkan oleh Bernd Leno.

Kane kini berpeluang memecahkan rekod Greaves pada perlawanan seterusnya, menentang Preston pada pusingan keempat Piala FA.

"Piala FA penting buat kami. Kami akan lihat apa perancangan pengurus tetapi saya akan bersedia," katanya.

Greaves, yang meninggal dunia pada tahun 2021 di usia 81, dianggap penjaring paling hebat dalam sejarah bola sepak.

Dia turut membarisi skuad England yang menjuarai Piala Dunia 1966. Greaves meledak 44 gol untuk negaranya dan penjaring terbanyak liga tertinggi Inggeris pada 357 gol.

Kane, 29, kini hanya kurang satu gol untuk menjadi pemain ketiga meledak 200 gol Liga Perdana Inggeris, selepas Alan Shearer (260 gol) dan Wayne Rooney (208).

Kane turut menyamai rekod Rooney sebagai penjaring terbanyak England selepas meledak gol antarabangsa ke-53 dirinya ketika suku akhir Piala Dunia menentang Perancis tahun lalu.

Tottenham kini hanya tiga mata di belakang Manchester United yang menghuni tangga keempat liga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2023 @ 7:56 AM