MBAPPE (kanan) sangat diperlukan skuad Perancis menjelag aksi final. FOTO AP
MBAPPE (kanan) sangat diperlukan skuad Perancis menjelag aksi final. FOTO AP
AFP

Doha: Kylian Mbappe esok boleh menjadi pemain termuda memenangi dua Piala Dunia sejak Pele mencapai kejayaan itu pada usia 21 tahun.

Mbappe, yang berusia 24 tahun dua hari selepas perlawanan akhir, setakat ini adalah penjaring terbanyak bersama dengan lima gol di Piala Dunia Qatar dan wajah generasi baharu bola sepak.

Piala Dunia terakhir buat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo di Qatar pastinya menandakan penyerahan baton daripada dua pemain yang mendominasi sukan itu selama hampir dua dekad.

Ketika Messi mempunyai satu peluang terakhir untuk merangkul kejuaraan Piala Dunia yang sukar diraihnya, Mbappe dan Perancis berharap untuk memulakan era penguasaan bagi sebuah negara yang muncul di final keempat dalam tujuh percubaan.

Dengan skuad yang berdepan masalah akibat kecederaan dan bergelut untuk mencapai prestasi dalam masa singkat, terdapat kebimbangan Perancis akan mengalami nasib yang sama seperti yang dialami sebagai penyandang juara pada 2002 dan tersingkir di peringkat kumpulan.

Perancis mungkin tidak memberikan persembahan bersemangat dalam perjalanan ke final, tetapi mereka menguasai detik-detik penting - menunjukkan ketangkasan dan naluri pembunuh ketika diperlukan.

Sebahagian besar daripada itu berpunca daripada Mbappe, pemain paling digeruni di planet ini, yang matlamatnya membantu Perancis mencapai satu lagi kejuaraan untuk menjadi pasukan pertama yang mengekalkan Piala Dunia sejak Brazil melakukannya pada 1962.

"Terdapat hubungan yang baik antara pasukan. Kami bekerjasama tetapi apabila anda mula menghampiri kejuaraan dalam pertandingan ini, anda memerlukan pemain utama pada tahap terbaik mereka," kata penjaga gol dan kapten Hugo Lloris.

Mbappe memperkenalkan dirinya di pentas global pada 2018 dengan dua gol menentang Argentina dalam pusingan 16 terakhir di Rusia, di mana dia memenangi anugerah pemain muda terbaik.

Berusia 19 tahun, dia menjadi pemain termuda yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia sejak Pele yang berusia 17 tahun pada 1958, dan Mbappe sudah mempunyai lebih banyak gol Piala Dunia berbanding Ronaldo atau Diego Maradona.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2022 @ 2:18 PM