RONALDO mengambil gula-gula getah dari dalam seluarnya. FOTO Agensi
RONALDO mengambil gula-gula getah dari dalam seluarnya. FOTO Agensi
AFP

Doha: Pemain Portugal menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai idola, dengan ramai yang mengatakan ia adalah 'impian' untuk bermain dengannya, tetapi penyerang muda Goncalo Ramos berseloroh dia tidak akan mengambil gula-gula getah daripada rakan senegaranya itu.

Ronaldo, yang menjaringkan gol penalti ketika Portugal menang 3-2 ke atas Ghana, dirakam mengambil gula-gula getah dari dalam seluar sebelum memasukkannya ke dalam mulut.

Penyerang berusia 37 tahun itu, yang tidak mempunyai sebarang kelab selepas berpisah dengan Manchester United minggu ini, menjadi pemain pertama menjaringkan gol di lima Piala Dunia.

"Sudah tentu tidak. Bukan dari dia atau orang lain, hanya adik-beradik saya sahaja," kata Ramos pada sidang akhbar, apabila dia ditanya sama ada dia akan mengambil gula-gula getah daripada Ronaldo jika ditawarkan.

Ramos berkata bahawa Ronaldo, penjaring gol antarabangsa lelaki terbanyak sepanjang zaman, adalah seseorang yang dipandang tinggi oleh pemain lain di bilik persalinan Portugal.

"Dia adalah tempat rujukan untuk semua orang.

"Dia seorang idola dan mengetuai pasukan tetapi dia bukan satu-satunya. Kami mempunyai orang lain seperti Bruno Fernandes atau Pepe, yang juga boleh memimpin dan membantu Cristiano," kata Ramos.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 1:50 PM