PAGE (kanan) tetap berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya. FOTO Reuters
PAGE (kanan) tetap berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya. FOTO Reuters
AFP

Cardiff: Pengurus Wales, Rob Page berkata penyingkiran daripada Liga A, Liga Negara-Negara terubat apabila mereka bakal beraksi di Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Kekalahan 0-1 kepada Poland di Cardiff menyaksikan skuad bimbingan Page menduduki tangga terbawah kumpulan yang turut mengandungi Belgium dan Belanda.

Empat perlawanan Liga Negara-Negara membabitkan Wales pada Jun menyaksikan mereka juga perlu beraksi pada aksi playoff Piala Dunia menentang Ukraine sekali gus memaksa Page merehatkan beberapa pemain utama.

Walaupun kecewa, bos Wales itu tetap gembira kerana anak buahnya membayar harga yang tinggi untuk layak beraksi di Qatar.

"Perlawanan playoff menentang Ukraine sememangnya memberi kesan kepada aksi di Liga Negara-Negara," kata Page.

Kebimbangan Page ketika ini adalah untuk memastikan barisan pemainnya yang mengalami kecederaan dapat pulih sepenuhnya menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Amerika Syarikat pada 21 November.

Aaron Ramsey, Ben Davies dan Joe Allen tidak beraksi ketika tewas kepada Poland dan Belgium kerana mengalami kecederaan.

"Untuk kami bersaing di peringkat tertinggi, kami perlu pastikan setiap pemain cergas dan bersedia turun beraksi," kata Page.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2022 @ 9:18 AM