PEMAIN Bayern perlu perbaiki prestasi.
PEMAIN Bayern perlu perbaiki prestasi.
Agensi

Munich: Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic memberi amaran kepada pemainnya supaya memperbaiki mutu permainan jika mahu menewaskan Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini.

Gergasi Bavaria itu hanya mampu seri 2-2 di Stuttgart kelmarin manakala Barcelona seperti memberi amaran apabila membelasah Cadiz 4-0 dalam saingan La Liga.

Bayern kini seri tiga kali dalam enam aksi terakhir Bundesliga musim ini dan Salihamidzic berkata, mereka perlu beraksi lebih baik menentang skuad Xavi.

"Kami perlu meningkat kepada gear satu atau dua gear malah tiga. Kami perlu bermain dengan lebih baik namun perlu waspada berbanding sekarang ketika menentang Barca," katanya kepada Sport.

"Barca mempunyai ramai pemain hebat dengan Lewandowski di depan dan mereka pantas memanfaatkan setiap peluang.

"Namun kami tidak fikir kepulangan Robert menjejaskan tumpuan kami, sama sekali tidak."

Semua mata pastinya tertumpu kepada Lewandowski pada pagi Rabu ini selepas pemain antarabangsa Poland itu tetap berbisa bersama kelab baharunya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2022 @ 9:19 AM