LEWANDOWSKI mengesahkan untuk tinggalkan Bayern. -FOTO EPA
LEWANDOWSKI mengesahkan untuk tinggalkan Bayern. -FOTO EPA
AFP

Berlin: Robert Lewandowski mengesahkan bahawa dia mahu meninggalkan Bayern Munich musim panas dengan Barcelona dikhabarkan bersedia menawarkan penyerang berusia 33 tahun itu kontrak tiga tahun.

Lewandowki menjaringkan gol ke-35 dalam kempen musim ini ketika mencatatkan keputusan seri 2-2 di Wolfsburg hujung minggu terakhir musim Bundelisga dan kemudiannya membuat kejutan.

"Ia mungkin perlawanan terakhir saya untuk Bayern. Saya tidak boleh mengatakan 100 peratus tapi boleh jadi. Kami perlu mencari penyelesaian terbaik untuk kelab dan saya," katanya.

Lewandowski mengesahkan bahawa dia sudahpun memaklumkan kepada pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic bahawa dia tidak akan melanjutkan kontraknya yang akan tamat pada 2023 dan apabila 'tawaran datang, kita perlu memikirkannya."

"Saya mempunyai satu tahun lagi tapi kami perlu mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak," kata penyerang Poland itu.

Pemenang dua tahun berturut-turut anugerah pemain terbaik Fifa itu sudahpun meraih setiap gelaran yang ada sejak menyertai Bayern pada 2014 termasuk lapan trofi Bundesliga dengan jumlah keseluruhannya sepuluh selepas memenangi dua gelaran bersama bekas kelabnya Dortmund. Dia turut menjulang Liga Juara-Juara pada 2020.

Di Wolfsburg, Lewandowski menjaringkan gol menerusi tandukan hasil hantaran Thomas Mueller selepas pertahan Josip Stanisic membolehkan Bayern mendahului permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2022 @ 10:45 AM