AUBAMEYANG kembali ke EPL.
AUBAMEYANG kembali ke EPL.
Reuters

London: Chelsea mencapai persetujuan dengan Barcelona untuk menandata ngani penyerang Pierre-Emerick Aubameyang yang menyaksikan pertahanan Marcos Alonso berpindah ke Nou Camp, menurut Sky Sports pada hari terakhir jendela perpindahan pemain.

Menurut laporan, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dijangka membayar yuran 10 juta pound (RM51.81 juta) serta menukarkan Alonso untuk mendapatkan Aubameyang yang berpindah ke Barcelona pada Februari selepas meninggalkan Arsenal.

Pemain Gabon itu meledak 13 gol dalam 24 perlawanan untuk kelab Catalan itu namun tidak diperlukan selepas mereka menandatangani penyerang Poland, Robert Lewandowski dari Bayern Munich dan perlu melepaskan pemain bagi mematuhi peraturan kewangan LaLiga.

Perpindahan Aubameyang ke Chelsea bakal menyaksikan dia kembali ke saingan liga tertinggi Inggeris selepas tujuh bulan.

Dia juga kembali bersama pengurus Thomas Tuchel selepas kali terakhir bekerjasama di kelab Bundesliga, Borussia Dortmund.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2022 @ 9:55 PM