LUKAKU (kanan) tamatkan kemarau jaringan. -FOTO AFP
LUKAKU (kanan) tamatkan kemarau jaringan. -FOTO AFP
Agensi

London: Bintang Chelsea, Romelu Lukaku akhirnya menemui sentuhan jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila berjaya meledakkan dua gol ketika mereka turun bertemu Wolverhampton Wanderers.

Bagaimanapun Conor Coady menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan menyaksikan Wolves berjaya bangkit untuk seri 2-2 dengan Chelsea.

Todd Boehly, yang mengetuai konsortium yang akan melengkapkan pengambilalihan akhir bulan ini, hadir di Stamford Bridge menyaksikan

Lukaku berjaya menyempurnakan penalti di Stamford Bridge untuk menghadiahkan gol pertama buat Chelsea pada minit ke-56 dan menambah jaringan dua minit kemudian.

Ia adalah gol pertama buat penyerang selepas 129 hari tidak meledakkan sebarang gol sejak 29 Disember lalu ketika Chelsea seri 1-1 Brighton di laman sendiri. Ia juga adalah gol liga pertama Lukaku tahun ini.

Skuad kendalian Thomas Tuchel bagaimanapun mensia-siakan kelebihan dua gol itu apabila Wolves menyamakan kedudukan menerusi Francisco Trincao dan Conor Coady pada minit ke-79 dan minit ketujuh masa kecederaan.

Lukaku, 28, kembali menyarung jersi The Blues pada musim panas lalu dari Inter Milan tetapi gagal memberi impak musim ini walaupun bermula dengan baik.

Perlawanan di Stamford Bridge itu turut disaksikan pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly yang bersetuju membeli kelab itu daripada Roman Abramovich pada harga 4.25 bilion pound (RM19.59 bilion).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2022 @ 12:32 PM