JURULATIH Chelsea, Thomas Tuchel. FOTO REUTERS
JURULATIH Chelsea, Thomas Tuchel. FOTO REUTERS
AFP

London: Thomas Tuchel percaya Chelsea hanya perlukan wajah baru untuk mencapai kejayaan selepas Ralf Rangnick menyatakan lawan Manchester United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, pagi esok, perlukan melakukan pembedahan jantung.

Anak buah Tuchel berkunjung ke Old Trafford dengan hasrat mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga liga manakala United yang kini menduduki tempat keenam, hampir pasti gagal menamatkan persaingan dalam kalangan empat terbaik.

Rangnick yang juga pengendali sementara United bimbang Erik ten Hag, yang akan menguruskan pasukan di Old Trafford bermula hujung musim ini, akan melakukan rombakan besar terhadap pasukannya untuk bersaing secara kompetitif di peringkat tertinggi.

Sebaliknya, Tuchel yakin Chelsea hanya perlu membuat sedikit perubahan pada musim tidak konsisten terutama selepas pemilik kelab dari Rusia, Roman Abramovich mahu menjual kelab itu susulan sekatan kerajaan Britain terhadapnya berikutan serangan ke atas Ukraine.

Sementara menunggu urusan jual beli itu diselesaikan, Tuchel berpotensi gagal menyaingi lawan untuk mendapatkan pemain baharu apabila jendela perpindahan dibuka.

Bek tengah, Antonio Rudiger dijangka berhijrah ke Real Madrid secara peruma pada musim panas ini, manakala rakan seposisinya, Andreas Christensen dilaporkan ke Barcelona.

Ditanya sama ada Chelsea perlukan musim panas ini untuk melakukan pembedahan jantung seperti disarankan Rangnick, Tuchel berkata: "Pembedahan kosmetik. Saya kurang pasti sama ada kami akan dimiliki pemilik sama atau terus bergantung kepada struktur asal.

"Tetapi, saya berwaspada kemungkinan situasi ini akan menjadi lebih rumit. Terutama selepas kehilangan pemain seperti Toni dan beberapa pemain lain seperti Andreas dengan pelbagai kualiti dan kedua-duanya secara percuma."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2022 @ 10:18 AM