PIOLI yakin dengan kemampuan anak buahnya. FOTO AFP
PIOLI yakin dengan kemampuan anak buahnya. FOTO AFP
Reuters

Milan: Perlumbaan kejuaraan Serie A semakin mendebarkan hujung minggu ini dengan pendahulu, AC Milan berdepan perjalanan sukar ke Torino ketika mereka mahu bangkit daripada kehilangan mata penuh di tempat sendiri kepada Bologna.

Milan mendahului Serie A sejak pertengahan Februari lalu apabila mencatat sembilan kemenangan berturut-turut tatkala mereka mengejar Scudetto pertama selepas kali terakhir pada 2011.

Bagaimanapun, prestasi mereka semakin merudum sejak kebelakangan ini dan pasukan bimbingan Stefano Pioli itu mencatat kemenangan 1-0 kurang meyakinkan ketika berdepan Empoli dan Cagliari sebelum menanti kunjungan Bologna yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Ia membolehkan pasukan tempat kedua, Napoli hanya dibezakan dengan satu mata dan penyandang juara, Inter tiga mata di belakang mereka selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Juventus.

"Kami tidak dapat mencari detik kecil itu, kelainan, pukulan yang boleh mengubahnya. Kami melakukan segala-galanya.

"Kami merasakan tekanan secara psikologi (selepas kemenangan Inter dan Napoli). Pasukan ini bermain dengan watak, perangai dan mentaliti yang betul, malah dengan kualiti sehingga ke kawasan penalti pasukan lawan," kata Pioli.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2022 @ 11:14 AM