JUVENTUS perlu menang ke atas Torino awal pagi Ahad ini. FOTO Agensi
JUVENTUS perlu menang ke atas Torino awal pagi Ahad ini. FOTO Agensi
AFP

Milan: Juventus akan menanti kunjungan Torino awal pagi Ahad dalam usaha untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, AC Milan sebelum aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Barcelona.

Penyandang juara itu di tangga keempat liga, enam mata di belakang Milan, yang akan berkunjung ke Sampdoria untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan liga.

Pasukan di tangga kedua, Inter Milan, lima mata kurang dengan tetangga setempat, mereka akan menanti kunjung Bologna sebelum beraksi di Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donesk aksi wajib menang di San Siro.

Milan yang diperkuatkan dengan Zlatan Ibrahimovic itu mensasarkan kejuaraan Serie A pertama mereka sejak 2011, iaitu kali terakhir selepas pemain Sweden itu beraksi bersama kelab berkenaan.

Ibrahimovic terlepas dua perlawanan terakhir termasuk kemenangan ke atas Celtic dalam Liga Europa akibat kecederaan otot dan tidak dapat diturunkan dalam kunjungan menentang pasukan tangga ke-11, Sampdoria.

Ketika Milan membuktikan bahawa mereka mampu mencatat kemenangan tanpa penyerang bintang, Ibrahimovic, yang mengetuai senarai penjaring terbanyak Serie A dengan 10 gol, Juve masih mengharapkan kepada Cristiano Ronaldo.

"Ibra adalah pemain penting, walaupun dia tidak bermain, dia adalah pemimpin. Bagaimanapun, kami sudah membuktikan dengan memiliki banyak penyelesaian," kata jurulatih Milan Stefano Pioli.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 3:10 PM