PEMAIN Milan, Brahim Diaz (kiri) cuba melepaskan rembatan ketika aksi menentang Salernitana. FOTO AFP
PEMAIN Milan, Brahim Diaz (kiri) cuba melepaskan rembatan ketika aksi menentang Salernitana. FOTO AFP
AFP

Milan: Banyak perubahan yang dilakukan AC Milan membolehkan mereka menumpaskan pasukan tangga terbawah Salernitana 2-0 untuk merampas kedudukan teratas Serie A tatkala pendahulu sebelum ini, Napoli tumpas 2-3 kepada Atalanta, manakala Inter Milan mencatat kemenangan ke atas AS Roma.

Pengendali Milan, Stefano Pioli melakukan enam perubahan ke atas barisan kesebelasannya yang mencatat kemenangan di Genoa pertengahan minggu ini, tatkala mereka berdepan aksi penting Liga Juara-Juara berdepan Liverpool Rabu depan.

Bagaimanapun, Franck Kessie dan Alexis Saelemaekers kedua-duanya berjaya menajaringkan gol pada 20 minit pertama untuk mengesahkan kemenangan buat tuan rumah di San Siro.

Milan berusaha untuk mencari kejuaraan liga kali pertama sejak 2011 apabila bangkit semula minggu ini selepas mencatat dua kekalahan berturut-turut.

Pasukan bimbingan Pioli sekarang ini satu mata mengatasi penyandang juara, Inter yang menumpaskan Roma 3-0.

"Saya berpuas hati dengan persembahan yang baik, kemenangan meyakinkan kerana ada yang menganggap perlawanan ini tidak boleh dipandang remeh.

"Ia akan menjadi lebih baik jika kami berjaya menjaringkan banyak gol terutama sekali selepas melihat beberapa peluang yang kami miliki," kata Pioli.

Juara Eropah tujuh kali itu perlu mengalahkan Liverpool dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Milan minggu depan untuk membuka peluang mara ke 16 terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 12:26 PM