XAVI -FOTO Reutes
XAVI -FOTO Reutes
AKSI Barcelona menentang Real Madrid. -FOTO AFP
AKSI Barcelona menentang Real Madrid. -FOTO AFP
AFP

Madrid: Xavi Hernandez berkata kejayaan Barcelona menewaskan Real Madrid 4-0 akan menjadi titik tolak perubahan kelab itu selepas pertemuan Clasico di Santiago Bernabeu semalam.

Barcelona menewaskan Madrid apabila Pierre-Emerick Aubameyang meledakkan dua gol bersama Ronald Araujo dan Ferran Torres.

Perlawanan itu dianggap sebagai penilaian buat Barca di bawah kendalian Xavi dan mereka berjaya melepasi halangan itu dengan cemerlang dan membuktikan mereka kini bersedia untuk mencabar semula gelaran La Liga musim depan.

"Ia boleh merubah tenaga masa kini dan masa depan," kata Xavi.

"Kami mempunyai banyak peluang dan kami lebih baik daripada Madrid, jauh lebih hebat. Kami layak untuk menjaringkan begitu banyak gol."

Di tanya adakah Barcelona sudah kembali, Xavi berkata: "Boleh jadi. Inilah jalan sebenar."

Dan biarpun keputusan itu mungkin sedikit mempengaruhi dalam perebutan gelaran musim ini, kekalahan sebenar ini, di tempat sendiri menentang Barcelona akan mencetus perdebatan serius di Real Madrid.

Ia seperti yang pernah berlaku dengan kekalahan Clasico sebelum ini ketika Barca menang 6-2 di Real Madrid pada 2009 di bawah Pep Guardiola atau 5-0 di tempat sendiri dua tahun kemudian.

Soalan akan mula berlegar mengenai masa depan Carlo Ancelotti dengan Madrid dikalahkan dengan cara taktikal dan teknikal.

Barca yang dikendalikan Xavi lebih pantas dan licin serta paling membimbangkan kerana mereka boleh menang dengan lebih banyak lagi.

"Kami bermain dengan teruk dan saya merancang permainan yang teruk," kata Ancelotti. "Saya minta maaf atas kekalahan ini dan saya sangat sedih. Tapi kami perlu mengekalkannya dalam perspektif."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2022 @ 8:42 AM